28 November 2009

mari kembali kpd asal.
kpd yg telah ditayangkan pd orang sekalian.
kpd yg telah aku dan kau (mungkin) suka kan.
kpd jam dulu dulu yg aku sayang kan kau.


kau silap.
aku juga silap.
aku lupa.
perkara itu rupanya biasa saja.




aku dah sejuk.
aku nak peluk.
sebab tiba tiba.
aku rindu kan kau.
sangat.




Selamat Hari Raya Aidil Adha, sahabat. :)


dan buat kamu kamu di sini, yg korbankan masa utk jengah di blog aku. dan beri kekuatan utk aku. terima kasih.



# pinjamkan aku sapu tangan kejap. haha. #

24 November 2009

aku rindu utk sengih tak puas hati

maaf. aku sudah penat. pakai topeng jadi baik depan kau. tapi kau tidak pun. dan ouh terima kasih. sebab sudah ajar aku marah marah di blog. budak sudah ya. aku kalah dan kau menang. berjaya buat aku sakit hati kan. taniah. kalau ada jodoh, aku teringin nak buat kau pulak sakit hati. dendam lah tu kut.



tapi buat apa.
bila ada Tuhan dan karma, apa perluya dendam segala.

terima kasih wani ardy. sedarkan aku dengan lagu kamu.



jadi. aku akan tunggu saja. dan lihat. dan doakan kau juga.

07 November 2009

kelmarin, bila zuhur tinggal empat minit cuma

di simpang sana, kau duduk di tepi aku,
yang sedang senyum seorang lihat orang.
perlahan kau mengesot rapat pada aku.
lagak anak minta dimanjakan mak.

kata kau,
" aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku... "


kau yang selalu bersedihan,
aku juga cemburu pada kau.
aku ingin sedih kau.
aku mahu suarakan aku sedih,
pada tiap tiap orang sekeliling aku.
dan mereka bertanya " kau okey ke? "

sebab dr itu aku akan boleh dapat tahu,
rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku.
rupanya orang itu kasih pada aku.

kau yang masih bersedihan,
kau cukup bertuah.
sebab mampu boleh dapat rasa itu.
mampu dikasihani orang orang,
yang amik kisah tentang kesedihan kau.



sedangkan aku...
aku cemburu pada kau. sangat.





okey kita seri.
kau sedih dan cemburu.
aku senyum dan cemburu.

mari sep.

27 Oktober 2009

bendapetakwarnakuning

aku.
suka sama dia.
aku.
dengan dia.

rapat.

aku. dia.
orang tak akan pernah faham.
apa hubungan kami.

perasaan aku.
dia tahu.
penat aku.
dia tahu.
sakit aku. resah aku.
juga bahagia aku.
dia tahu.

aku. dia.
di belakang berdua.
di sudut paling tepi.
kami buat kerja kami sendiri.
aku lihat tingkah orang lain.
dia. aku tak tau dia buat apa.




bas kekuningan itu.
yg aku panggil ' bas sekolah '.

aku.
suka dia.






bila kadang kita sudah jumpa suasana yg kita sangat suka kan kita tak akan melupakan nya walau ketika itu kita hanya sendirian


26 Oktober 2009

ketika bintang paling besar mengeringkan tekak dan memanaskan kepala

angin siang yg sekejap ada sekejap tiada,
beberapa kali melanggar aku.
dia cuba berbicara dengan aku.
kerana cuma ada aku.

dan aku juga seperti dia,
cuba mahu berkata dengan dia.
kerana cuma ada dia ketika itu.

angin siang itu berkata dahulu.
' kenapa perlu sentiasa ditayangkan bahagia, disuarakan rindu kasih cinta,
hanya pada angin malam? '
' kenapa perlu dilagukan puisi cinta, dilakonkan sayang,
hanya pada angin malam? '

aku terkesima. dalam diam aku, mengiyakan.


angin siang berkata lagi.
' apa angin siang tdk mampu menyampaikan surat antara kekasih dgn kekasih? '
' apa angin siang hanya tahu bertiup dan kadang dimarahi dicerla? '


aku masih diam. kalau sudah ada orang lain ketika itu, sudah aku luahkan apa yg aku rasa.
tapi sekali lagi, aku angguk dgn angin siang.
dan aku hanya diam. tidak tahu mahu kata apa.
kerana aku juga selalu ' mengagungkan ' angin malam.
kunun nya angin malam lebih memberi damai.

kasihan angin siang.



akhirnya,bicara kami dua habis tanpa penamat.
dgn soalan angin siang yg aku tdk tahu bagaimana mahu susun ayat,
memberi jawapan.



nnt kalau kamu pula yg jumpa dgn angin siang,
kirimkan salam aku.
kata kan aku tunggu dia.
kerana aku rindu mahu berbicara dengan dia.

:)



16 Oktober 2009

masa 30 minit bila kita saling bermain sms yg kau kongsi kan perasaan kau terhadap perempuan lain kpd aku memberikan aku satu rasa



aku tidak cemburu


tapi aku gembira, jebat



:)







# hubungan sebagai kawan lebih bermakna kan. #

05 Oktober 2009

tetap tak akan berubah.

benda yg tulen itu.
meski nilai nya rendah.
tetap masih akan jadi tulen.

palsu nya benda itu.
tetap masih akan jadi palsu.
walau tinggi menjulang nilaian nya.

tak kisah lah walau terletak nya beribu kenangan pd benda itu.
ia tetap masih akan jadi seperti asal.
tetap tak akan berubah.




dan.
ia nya bergantung pada orang yg memegang nya.
sama ada dia tahu menilai nya atau tidak.



# jadi, nilai sebaik mungkin #

03 Oktober 2009

cantik. sesuatu yg subjektif.


kaktus cantik.

tajam. ada duri. menyakitkan. menyusahkan.

tp kaktus cantik.

dia pandai.

tutup rupa dia yg cantik.
bg orang tertentu s
aja lihat.

kaktus.

walau betapa tajam luaran.
dalam nya masih tetap cecair yg lembai.


kaktus. sesuatu yg cantik.




aku mungkin si kaktus. ececehh. haha.

28 September 2009

selamat menjamu usia enambelas

agak payah rupanya utk beritahu saya sudah enambelas. hahahaha. ya, saya baru enambelas.

tp pergilah sekejap dgn enambelas itu. buat pertama kali nya di usia remaja, hari ini hari yg paling bahagia. atau lebih tepat, hari jadi paling bermakna. bagi seorang anak perempuan yg tidak berapa rapat tp rapat dgn ayah nya, hari ini dia dpt satu hadiah paling best dn tk pernah disangka. pagi tadi, jam dinding saya lebih kurg pukul 6.50 pg, bapak saya yg baru lps pakai kasut saya rasa, datang ke muka pintu tempat saya diri, hulur tangan nya dan ucap " happy birthday kak chik ". ouh itu mmg setiap hari jadi bapak saya ucap. tp yg beza nya hari ini, bapak saya cium saya 2 kali di pipi. ( saya rasa dia mahu cium 3 kali tp melihat saya agk kekok jd dia hanya cium 2 kali. hehe ). tp mmg agak terkejut. bapak, tak de kfc pn tk pe. hahaha.


ouh lagi, saya rasa ini hari jadi yg pertama kalinya semua adik beradik saya memberi ucapan. jarang woo nk dptkn ucapan dr ke semua beradik. tk boleh lupa, ayat kelakar kut, ' selamat bufday '. hahaha. terima kasih alang. walau pn hantar msg pukul 2.32 ptg. heee. abg ngah, pkul 12 pg sudah wish, terima kasih. kak long ku, terima kasih hadiah dompet dan terima kasih ucap paling awal. semalam kan.


bunda, terima kasih juga bagi ciuman. dan pelukan. sikit tp bermakna. yg indah.

:)




aku kalau sudah terlalu bahagia, tulis pn agak tk berapa nk menarik ayt. hehe.

( ouh, adik aku tk ucap pn. dia sibuk tanya psl nk mkn kt mana saja.. haish.. )

11 September 2009

hey, mari sini.
mari pegang tangan sama aku.

kita nari sama sama dalam hujan.
kita gelak puas puas sama sama.
kita sama sama parah berdarah.
kita buat sama sama.
mari.

aku dan kamu.
kita memang kena sama sama.
kalau tidak, nanti aku sunyi.
kalau tidak, siapa lagi nak pujuk aku.

kamu dalam aku.
aku sebelah kamu,
tak apa.
nanti kalau kamu jatuh ke tepi,
aku kan ada.
kalau jatuh ke belakang, ke depan,
aku kan masih boleh sambut kamu.



hey, hati kamu itu simpan ya.
jangan kasi pergi jauh dr aku.
biarkan dekat situ.
aku juga buat benda sama.
simpan hati aku utk kamu.


# senyum #


06 September 2009

jiwa cantik

anak itu bagi dia,
cuma ada satu tempat indah.
kamar tidur nya.

tanya pd cermin, segala rupa hati anak itu,
cermin tahu.
tanya pd tilam empuk, semua mimpi anganan anak itu,
tilam tahu.
kerna cuma itu mahu jd teman dia. ( bagi dia )
cuma ruang kamar dia.


di luar, anak itu dibilang hodoh, jelek.
di luar, dia disingkir disampahkan.
kata orang di luar " rupa kau tdk layak di sini! ".



angin katakan pd anak itu,
rupa hodoh tidak apa.
ada jiwa cantik, cukuplah.

tolong bisikkan pd dia angin,
aku masih ada.
aku boleh jadi semacam cermin dia.
aku boleh jadi sebagai tilam dia.



dan bisikkan ini juga,
jangan biarkan dunia telan jiwa dia yg cantik itu.







# angin mmg suka sampaikan cerita #


26 Ogos 2009

hati, tolong jangan nangis.

nanti aku nampak tak kuat.





nanti orang pandang aku lain.





nanti aku akan kecewa.





nanti aku akan jadi kurang ajar.






jadi tolong aku. jangan nangis.




biarkan dia. dia kan sahabat aku.

24 Ogos 2009

gadis kecil dengan payung dan se-orang tua dengan beca tua

gadis kecil sunyi itu, jalan di satu lorong dlm hujan. payung di tangan tp tdk dibuka.
lalu se-beca tua, dikayuh se-orang tua berbaju hujan kekuningan.
se-orang tua yg mengayuh se-beca tua melaung pd gadis kecil yg pegang payung tp tk dibuka.
ditumpangkan gadis itu, walau dia tahu tempat duduk beca nya akn basah.
sunyi. cuma rintik hujan saja dengar.

gadis kecil yg payung nya sudah diletakan, bersuara.
" saya ini tdk ada apa2 pakcik. saya ini tdk hebat. bagaimana mahu jadi hebat seperti mereka2 itu ya pakcik?"

se-orang tua berbaju hujan kekuningan diam.
gadis kecil bersuara lagi, keras.
"saya mahu jd hebat seperti mereka2 itu."

se-orang tua berhenti dr kayuh beca tua, dihadapan se-buah kedaikopi.
se-orang budak mata sepet keluar dr kedai sambil tangan pegang satu rokok. masih baru.

" Ah Kau, bapak lu mana?".se-orang tua bersuara sambil terima rokok dr budak mata sepet.
" bapak pergi pekan". balas budak mata sepet pula.

se-orang tua senyum sengih. rokok dicucuh api. sedut rokok dlm hujan. beca dikayuh kembali.
"kau mahu jd hebat seperti mereka. buat apa anak. kau tk perlu jd hebat seperti mereka. cukuplah kau jadi hebat seperti diri kau."

" apa pakcik merepek ni. saya ini tidak hebat."

" hai anak, tk ada guna kau mahu jd hebat tp seperti mereka. kau patut nya jd hebat seperti diri kau. lihat aku, kalau kau tanya aku kimia, aku tk tahu anak. aku tk hebat. tp cuba kau tanya aku nama setiap lorong2 di bandar ini, aku tahu. sebab aku hebat. anak, kau masihbelum sedar, kau hebat juga. kau hebat anak. cuma Tuhanbelum mahu tunjuk pd kau yg kau hebat.'

beca tua diberhenti lagi.

"sekarang turun engkau, pergi ke sana. doa minta,diberkatkan hidup kau, kau kuat iman. doa minta, kau jadi sabar, jangan riak. nanti kau akan jd hebat."

gadis kecil itu senyum. puas. turun dia dr beca pergi ke surau sana.
payung ditinggalkan di kerusi beca tua. dia tdk perlu payung lagi, sebab hari sudah tdk hujan.

se-orang tua tdk berbaju hujan kekuningan dan beca tua, pergi. mahu tumpangkan orang lain.



# aku memang suka terang panjang2 walau isi nya sikit. sebab aku hebat dlm itu. heee :) #

20 Ogos 2009

kalau kamu ada dekat dengan aku.
kamu dapat lihat senyum aku sgt panjang.

bahagia betul kan rasa kalau apa yg kita buat dihargai orang.

dan aku juga paling rasa gembira kalau lihat senyum orang sebab aku.
syukur memori aku agak kuat.
jadi sampai sekarang boleh lihat lagi senyum mereka mereka.





nikmat.

sgt sgt.



09 Ogos 2009

aku sedang mengalami sakit luar biasa, kamu ada ubat tidak?

sakit aku,
sangat luar biasa.
biasa dr yg aku pernah rasa sakit.
sebab yg aku rasa ini bukan sakit.
ha! kn luar biasa tu.



aku berada dalam keadaan tidak seimbang.


ouh bukan.
sebenarnya aku pun tk tau kenapa dgn aku.


yg aku tau,
aku mmg lain dr aku yg sebelum ni.


ouh mungkin aku sudah terima kuasa baru.
kuasa yg bagai berkuasa.
yg mcm dalam kisah kisah superhero2.


lihat.
aku sudah kata yg aku mmg lain dr aku yg sebelumnya.
sebab yg aku tulis juga sudah tidak betul.


mungkin ayat ini lebih tepat.
ada benda dalam kepala aku yg menjadikan aku sudah berapa tidak normal.
mungkin ayat itu lebih tepat.





ibunda: hai anak, tidurlah, esok kena pergi sekolah.
anakanda: sebentar. mahu selesai kan menulis.




ouh mungkin juga aku patut letak tajuk entri ini,
'entri tiada guna'
bagaimana?




aku mahu menangis pulk dah.
kan betul aku kata aku sedang mengalami sakit luar biasa.

kamu pernah ada rasa tdk sakit luar biasa.
yg dia tk rasa sakit pun,
tp kamu saja yg rasa kamu sakit.
pernah?

aduhai sakit luar biasa....

30 Julai 2009

kenapa mulut perlu lancang wahal kau tak tahu situasi sebetulnya

situasi pertama: si kakak melarang si adik dgn tegas dr keluar bermain.

mulut lancang-
"entah apelh dia tu. adik dia nk kluar main pn tk kasi. budk2 mestilh nk kluar main. tak ada hati perut betul. dikurungnya adik tu. huh, kejam."

situasi sebetulnya-
kakak itu bukan sengaja mahu suka2 marah si adik. bukn mahu kongkong si adik dr kluar bergaul bermain. tp kalau sudah selalu bila adik itu kluar bermain selalu kena buli, tak kan mahu biar saje. sebetulnya kakak itu kasihan sama adiknya yg selalu dibuli. nk dimarah budak yg membuli, ank jiran sndiri. jd dr bgaduh sama jiran baik diduduk kn adik nya di dlm rumah. main lh si adik itu congkak ke ape ke. yg adik pn satu jenis tk nk dgr ckp, bila si kakak kata hnya boleh kluar main kalau kakak jaga, dia tknk dgr pula. jd patutkh si kakak itu digelar kejam oleh si mulut lancang?

situasi 2: seorang teman menipu teman nya.

mulut lancang-
" aku tk sangka kau mcm ni ye. sanggup kau tipu aku. kau kata kau tk suka kt dia pn. tp ape ni. nsib baik aku jumpa diari kau. kalau tidak sampai mati aku tk tau yg kau pn ada hati kt dia juga. kau mmg hipokrit, pengkhianat,..... ish!"

situasi sebetulnya-
bukan si teman itu mahu menipu temannya. tp tau tk kenapa dia buat begitu. kerana bg si teman, dia lebih rela hilang orang yg dia suka tu dr hilang kawan sndiri yg mmg dh lama berkawan. dia menipu pn sbb tk mahu teman nya ini sakit hati. bagi dia, kalau teman nya bahagia dia juga akan bahagia. jadi perlukah dia digelar pengkhianat, hipokrit?

situasi 3: lelaki itu dikatakan bodoh oleh teman2 nya

mulut lancang-
" aku tgk semenjak ni kau selalu ikut smua prmntaan dia. ape dia nk kau tunaikn. hey, kau dgn dia belum ada ikatn lg tau. tk pyh lh kau nk belikn tu belikn ni utk dia. kau ikutkn lah sgt ape dia minta tu. kang silap hari bulan jgn sampai dia pijak kepala kau sudah. jangan jadi bodoh lah sebb prempuan"

situasi sebetulnya-
kasihan betul si lelaki yg punya teman sprti si mulut lancang. apa mulut lancang tu ingat si lelaki tk de benda lain nk buat ke selain ikut kata si wanita. mulut lancang, kau tk tau apa yg si lelaki tau. dia buat bgitu hanya kerana mahu membahagiakn si wanita yg menurut kata doktor lagi sebulan shja boleh hidup. jd bg si lelaki biarlh si wanita itu bahagia dlm tempoh sebulan itu. bg dia, biarlah dia melihat sepuasnya bahagia wanita itu sebelum dia tidak dapat melihatnya lagi. ya, walaupn itu cuma kata doktor. sebab ajal maut ditgn Tuhan kn. biarlh dia lakukn bgitu buat tmpoh itu. bodohkah lelaki itu?




jawapan dr soalan aku tujukan berdasarkan pendapat kamu kamu. jadi kita ini tidak perlulah mulut itu berkata dahulu sebelum tahu cerita disebaliknya. mungkin kamu rasa perkara itu tak patut dilakukan, tapi bagi orang yg melakukan, jika dia rasa patut lakukan perkara itu, biarlah dia lakukan. lain lah kalau perkara yg dilakukn tu sudah terang lagi bersuluh salahnya.

sekarang ini aku cuma mampu beri 3 situasi saja. situasi lain2 yg serupa seperti 3 ini akn aku coretkan lagi kalau jumpa.

17 Julai 2009

rumah hantu yg mengharukan

aku belajar ini,

situasi:
dalam rumah hantu. kalau mahu masuk perlu secara berpasangan. dengan kawan baik kamu ke, adik kamu ke, siapa saja lah. selalunya kita akan rasa gerun/takut/tgn menggigil bila dah keluar dr rumah hantu tu. tp yg ni tidak. kamu akan rasa terharu dan bagai mahu masuk lagi. di bahagian akhir rumah hantu itu ada sebuah cermin yg ditulis sesuatu di atasnya:

'orang yg kalian pegang tangan sekarang, peratusan pertemuan kalian.
bagai suatu keajaiban. biarpun nanti kalian masuk tempat yg bercahaya,
jangan sesekali melepaskan tangan itu.'




ada pula kan rumah hantu yg melahirkan rasa terharu dlm hati.


apa yg aku faham dr ayat tu,

sayangi orang yg ada disisi kita. orang yg sudah hilangkn rasa takut(gundah) kita. dan bila kita sudah pulih dr rasa itu, jangan ditinggalkn pula orang tu.





apa yg kamu faham?

15 Julai 2009

dunia memang macam ini jiwa

anak itu jiwanya sudah lama mati
mati kerana tidak mahu lagi hidup pada dunia yg macam ni

bila entah hendak disama-level-kan
orang kaya dengan orang miskin?
yang kuat dengan yang lemah?

bila entah hendak dipandang sama
si cantik dengan si hodoh?
si kurus dengan si gemuk?

jiwa anak itu matinya tiada kubur
jiwa anak itu matinya tidak tertimbus

pelukah hidup lagi jiwa anak itu
kalau masih yang buruk direndah rendahkan?

ada yang beri kata semangat,
dan bila sudah bangun
kenapa perlu ada pula yang menjatuhkan?

perlu tidak lagi jiwa anak itu hidup
kalau sampai sudah dunia macam ini



( barangkali jiwa anak itu masih belum cukup kuat untuk kenal dunia, memang macam ini )

07 Julai 2009

budak kasihan kau

maaf budak,
aku sudah jadi kejam pada kau.
maaf budak,
aku telah tusuk tulang belakang kau.

jiwa aku yang ronta merintih.
mahu aku jadi kejam.
hati aku yang hendakkan.
sampai aku pura pura saja tahu.

budak, maafkan aku.
bukan aku mahu buat kau sengsara.
bukan aku mahu main main kan diri kau, budak.

ya, mulut aku memang cabul.
mental aku memang tak betul.

budak, kau fikir aku mulia.
budak, aku fikir aku jahanam.

aku tidak ikhlas pada kau,
aku tidak pegang janji aku.

budak, aku mahu bagi tahu kau,
aku tak sengaja.
aku cuma hendak pulihkan jiwa mental aku.
tapi kasihan budak, kau yang aku jadikan mangsa.

01 Julai 2009

kalau lah dengan hanya menulis nota pada secebis kertas sudah mampu untuk mereka faham,
sudah mampu untuk mereka mentafsir segalanya.
aku juga mahu begitu, dengan hanya menulis sebaris kata,

' aku sayang kamu '




dan harap mereka dapat terimanya...