bila kamu sudah berhenti sebentar di sini, kamu sudah beri aku bahagia. terima kasih :)

20090628

uda dan dara

si dara bertenggek di tepian jalan itu. pandang pada si uda dengan pandangan yang begitu luar biasa dari lain nya. si uda itu pula terlalu sibuk hingga terlupa pada si dara yang ditinggalkan nya itu, yang diberi ucap selamat tinggal untuk sementara dahulu. si uda begitu ralit dengan apa yang dikerjakan nya.

sebelum ini pernah mereka duduk berbicara berdua. si uda mulakan dahulu.

" aku mahu keluar pergi cari bahagia yang kamu inginkan. aku akan dapatkan bahagia itu untuk kamu. "

balas si dara,
" tak usah lah. aku sudah punya bahagia itu. sudah lama aku milikinya."

namun si uda tetap berkeras dengan mahunya lantas berkata tegas setengah merayu,
" tidak. aku tahu kamu tidakbahagia dengan hidup yang kita ada ini. aku tahu kamu berasa susah. walau kamu tak mengomelkan, aku tahu kamu tidak bahagia dengan hidup yang kita ada ini. jadi tolong benarkan aku cari bahagia untuk kamu. tolong benarkan aku."

lihat pada raut si uda yangbersungguh mahukannya, si dara mengizinkan. walau hakikatnya si dara sudah punya bahagia itu. bahagia yang dihendaknya dari kecil dahulu. bahagia punyai si uda. namun, kerana si uda yang sangat beriya iya itu, si dara benarkan. dengan harapan tak kan hilang bahagia yang sudah dia ada.

cumanya sekarang, si uda lupa pada apa yang dikatakan dahulu, dengan memberi bahagia pada si dara. si uda silap. silap besar yang teramat. kerna pada akal si uda, si dara mahukan bahagia yang dari ringgit ringgit yang beribu. pada akalnya, si dara akan bahagia jika si uda menabur emas pada tubuh si dara. tapi si uda silap.

dan si dara itu, kasihan pada dia, kerna bahagia yang sudah jadi miliknya, makin hilang dari rangkulan dia. si dara berkira kira, mungkin dari silapnya juga membenarkan si uda pergi. mungkin dari silapnya yang tidak berkata terus pada si uda dengan apa bahagia yang dihendaknya, bahagia bila si uda ada dalam rangkulan nya.

rupanya si uda dan dara masing masing nya tidak faham antara satu sama lain. walaupun cinta hati sudah masing masing ada, tapi bukan yang sebenar. si uda dan dara tersalah pencaturan, tersalah perhitungan.
masing masing silap besar, sampaikan bahagia yang sudah ada, yang sudah digenggam kemas, hilang terlepas.


dan si dara masih pandang pada si uda yang sedang sibuk itu.

20090614

ini hanya rasa aku...

malam ini bulan setengah terang.
langit juga tanpa bintang.
suram, muram.
mungkin lewat nanti hujan turun.

seperti serupa sahaja dengan jiwa aku.
hambar, pilu, dan entah apa lagi.
mungkin diluar sana ada juga,
yang jiwanya pedih, sedih.
yang lebih teruk dari rasa jiwa aku.
dan mereka pula begitu kental,
sehingga mampu tepis segala perasaan itu.

jadi aku perlu kental juga kan.
apa yang aku rasa ini bukan lah apa pun.
jadi sepatutnya aku lebih kuat,
untuk buang saja rasa hati ini kan.

jadi aku perlu kuat.
jadi aku perlu punya hati,
yang biar orang kata seperti konkrit.
aku tak kisah.
kerna aku dan Dia saja yang tahu hati aku.

kan?

# semangat tinggi #

20090611

bila hati mahukannya, jari jari tak mampu nak menghalang.
menulis ini bukan kehendak fikiran, tapi hati yang punya bagai perasaan.
tiada apa yang dapat disampaikan perasaan ini melainkan dengan penulisan.
bagi aku, cara ini lebih berkesan.
lebih mendatangkan kepuasan.
tidak perlu susah untuk pilih perkatan apa yang perlu ditulis untuk menjadikan nya indah.
hanya pejamkan mata dan tulis.
dengan apa yang ada. dengan senangnya.
tidak kira apa yang perlu diletak apa pada mulanya.
apa ditengah. dan apa diakhir.
dan ini cara aku. menulis.
dan nanti setelah habis, seperti diri mendapat satu ketenangan.
tidak kira apa perasaan itu, hanya tulis segalanya.
yang luhur dan tulus.
biarkan saja jari terus menulis.
mengikut rentak hati.
dan tika ini aku sudah mula tenang.
duduk dengan penuh gaya di atas sofa sambil di alun lagu lagu yang tidak kisah genre nya.
dan diluar hujan, setelah lama panas.
aku terus menulis.
dan aku tenang.
dan aku juga bagai tidak mahu hentikan ini.
mahu menulis selagi mampu. selagi tidak penat.
kepuasan, ketenangan, kedamaian.
itu apa yang aku rasa sekarang.
hati, terima kasih.
dan bila lihat ini kembali.
aku mampu untuk senyum lebar.
tak pernah aku rasa seperti ini.
pasti aku mahukan rasa ini lagi...

20090610

bila mus mula serius...

entah kenapa tiba aku terasa segan yg amt pd diri aku. aku bagaikn budak tingkatn 4 yg sangat tdk matang. seusia aku lah. baru baru ini aku bertemu dengan kawan kawan baik aku yg memang rindu teramat lah pd mereka. jumpa minum minum. ok makan juga. ada sembang sembang. mestilah. mereka itu sembang sembang seperti budak yg matang dengan usia. dan aku pula, penuh tdk tersusun ayat. sembang benda yg amat bukan bukan. aduhai aduhai. balik tu aku cakap sendirian, marah pd diri sendiri yg sembangnya entah apa apa. mungkin aku sahaja kut yg rasa sebegitu, mereka mereka tak pun. mereka tak rasa sebegitu pun mungkin sebab mereka tak ambil perhatian sangat. hmph, entahlah. sejak akhir akhir ni aku kerap marahkan diri aku sendiri, lakukan benda benda tak patut. dan aku kerap rasa malu amat pada diri aku. cuti sekolah yg amat memalukan. pd aku saja.

makin hari aku makin tak suka dengan diri aku. serius. aku tak suka dengan diri aku yg sikap kebudak budak kan. sikap yg penuh tdk gunakan otak sepenuhnya. aku tak suka pd diri aku yg bukan bukan. yg makin tak waras fikirannya. kadang penat juga. penat bila asyik lakukan benda benda tak usia. mahu berubah tapi aku tak cukup kuat. kemarin lakukan. semalam marah. hari ini lakukan kembali. pusing pusing balik. sangat penat. kadang sedih juga kenapa aku macam ni. bila entah mahu berubah. bila entah mahu jadi orang yg gunakan otak. orang yg lakukan benda benda seusia.

kadang aku rasa diri aku ini teruk juga. entahlah. tak tahu macam mana. bila aku mahu ambil serius dengan semua benda penting. bagaimana lah dengan aku ini?