di simpang sana, kau duduk di tepi aku,
yang sedang senyum seorang lihat orang.
perlahan kau mengesot rapat pada aku.
lagak anak minta dimanjakan mak.
kata kau,
" aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku... "
kau yang selalu bersedihan,
aku juga cemburu pada kau.
aku ingin sedih kau.
aku mahu suarakan aku sedih,
pada tiap tiap orang sekeliling aku.
dan mereka bertanya " kau okey ke? "
sebab dr itu aku akan boleh dapat tahu,
rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku.
rupanya orang itu kasih pada aku.
kau yang masih bersedihan,
kau cukup bertuah.
sebab mampu boleh dapat rasa itu.
mampu dikasihani orang orang,
yang amik kisah tentang kesedihan kau.
sedangkan aku...
aku cemburu pada kau. sangat.
okey kita seri.
kau sedih dan cemburu.
aku senyum dan cemburu.
mari sep.
07 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


4 jiwa cantik:
Gila cool.
nice writing
cool gila entri ni, we want more (dgn nada iklan chipsmore)
haha!
amira rndu lh kw gila2.
Catat Ulasan